Selasa, 22 Mac 2011

Spekulasi Imaginasi Hipertensi

Belum Berjudul Lagi|Februari2011|Acrylic-A2


Sejak februari, saya sudah menolak tiga tawaran kerana dirasakan tidak secocok dengan jiwa saya. Menolak tuah atau apa, entah. Tapi sehingga kini, saya belum menemui yang betul-betul ngam dengan jiwa saya.

Tiga yang ditolak itu, hanya akan dapat saya cintai separuh jiwa sahaja jika saya menerima tawaran tersebut. Daripada hidup merana kerana tidak dapat mencintai sepenuhnya, lebih baik tolak tawaran tersebut lebih awal; bukan? Daripada menyiksa diri untuk pura-pura suka walaupun hakikat sebenar kita akan cepat bosan dengannya, lebih baik tolak tawaran tersebut sepantasnya. Kan.

Semua tentang pilihan. Dan saya memilih untuk menolak tawaran-tawaran tersebut. Habis cerita.