Khamis, 29 Disember 2011

Alahai Si Hitam Manis

Nota: Sila baca perenggan pertama mengikut rentak lagu Hitam Manis.

Oh Hitam manis hitam manis, pandang tak jemu pandang tak jemu, yang hitam manis pandang tak jemu. Body mengiurkan body mengiurkan, isinya putih isinya putih, rasa yang sedap, makan tak jemu. Rasanya sedap makan tak jemu. Ewah. *Gelek-gelek*

Akhirnya, macam memahami derita nafsu kite untuk bermanggisan, jiran sebelah rumah kite dengan sukacitanya telah membagi kite manggis sebesen beso. Oh! Edan jadinya kite bila melayan manggis banyak-banyak. Bahagia super duper gandaan sepuluh!


Bila dah bahagia. Macam biasa, idea liar yang jinak mulalah menyapa. Oh!

Memperkenalkan, adiwira baru kita! Incet Manggisman! Bakal terhangat di pasaran, meletup-letup di majalah Mangga. Fewitt!





_______________________________
#IncetManggisman

Amat sesuailah lagu ini menjadi lagu tema siri adiwira Incet Manggisman. Oh! Sewit!