Sabtu, 17 Disember 2011

Cabaran 30 Hari - Hari #25

25. Tunjuk sikit meja belajar/kerja engkau.

Ehem.

Tak sempat nak kemas meja, memang bersepah dan agak kurang senonoh. Adalah kurang senonoh untuk kemas meja hanya sekadar untuk kelihatan senonoh di dalam gambar, kan. Jadi, bawa bertenang pakcik-pakcik, makcik-makcik yang membaca blog ini, selalunya meja anakanda selaku menantu idaman para makcik-makcik dan pakcik-pakcik di luar sana adalah lebih senonoh dari ini, sebab anakanda memang senonoh orangnya. Hahaha!


Disebabkan banyak benda pandai menyamar dalam gambar di bawah ini, maka meja kerja saya yang ini adalah kelihatan lebih senonoh sedikit. Tak sia-sia saya mengajar ilmu penyamaran kepada mereka selama ini. Hihi.

Che Paq Junior and Co.





_______________________________
#BudakKecikMemang

Iyas tengah mamam keropok. Ucu nak pergi School.

"Ucu nak keropok Iyas tu.. Nak nak.. Cepat suap Ucu.."

"Nyanyak.." Ngap. Dia suap mulut sendiri.

"Alaaa Ucu nakkkkk.." Dia korek-korek balang keropok, lepas tu acah-acah nak suap mulut Ucu. Ngap. Lagi sekali dia masukkan dalam mulut dia sambil sengih. Nampak gigi.

"Alaaaaa..." Ucu buat muka sedih tapi dia sengih-sengih tunjuk gigi. Grrr geram! Comel.

"Ucu nak pergi school. Nak ikut tak?"

"Nyaaakkk.." Sambil datang dekat Ucu, lepas tu peluk Ucu. Mintak dukung.

"Iyas nak ikut Ucu pergi school ke?"

Dia cium pipi Ucu lepas tu peluk Ucu kuat-kuat, "Nyaaak..."


____Comel!