Ahad, 11 Disember 2011

Cabaran 30 Hari - Hari #19

19. 5 perkara yang menjengkelkan pada lelaki.

Dan. Lagi sekali, memang soalan ala-ala Joyah gitu. Haha.

1. Lelaki yang merokok dan suka-suki merokok di merata-rata tempat dan suka-suki buang puntung rokok merata-rata. Lebih jengkel kalau dia tak pergi sembahyang jumaat tapi dok melepak sambil merokok di kedai makan. Bakooo kang lubang hidung tu baru tahu.

2. Yang mulut kuat komplen, mengata orang dan banyak bunyi. Selaku orang yang lahir dalam bulan mac, saya adalah insan yang mencintai kedamaian dan agak sensitif pada perkataan dan persekitaran. Jadi, adalah menjengkelkan bila terjumpa lelaki yang banyak bunyi. Cili mulut tu kang baru tahu.

3. Lelaki yang emo. Tolonglah, sifat emo hanya khusus untuk kaum perempuan sahaja. Sebab tu kami tak sesuai jadi ketua, sebab Tuhan dah jadikan kami makhluk yang emo. Bila terjumpa lelaki yang emo, dia kelihatan seperti pondan yang datang bulan di mata aku. Hoh.

4. Lelaki yang bela jambang tapi tak terurus (saya tak berapa suka lelaki berjambang, berjanggut just nice, sekian terima kasih). Nak ikut sunah nabi pun, janganlah sampai tak senonoh sangat bang. Lagi satu, rajin-rajin la mandi, dah mandi pakai deodorant. Janganlah tak senonoh sangat bang.

5. Kalau saya merajuk, tak reti nak pujuk eh? Jengkel ok. Hahaha!







_______________________________
#HariEndogenous

Dekat rumah ada ketupat, ada rendang daging dan ayam, ada ayam masak lemak cili api nogori, ada kuah lodeh, ada ayam masak kicap dan sambal goreng. Yehaaa! Berbunga-bunga perut saya berhari raya. Tengkiu bibik Yam dan Kak Ila yang masak sedap-sedap. :)

Selamat hari raya semua! :D