Ahad, 25 Disember 2011

Jiwa MM Kental

Semenjak hampir berusia menjelang asar ni, jiwa ke-makcik-makcik-kan saya makin ketara. Hoh! Ini dapat dibuktikan bila ber-sms dengan bekas anak murid. Oh! Terasa ke-makcik-kan yang ketara bila tergagap-gagap membaca sms budak-budak ni. Adoi!

Contoh i.
"Sye 0wkey jew, biase lorh., 0wang bewisi cm sye nieh susah nq aket.."

: Mak fikir 20 kali nak, apa maksud nq aket. Hoh! Rupanya nak sakit.

Contoh ii.
"Klaw sye dpt 8A, sye akn blanjew ckgu. ty ble2 ckgu tunt0t owk."

: Hoh! ty = nanti, mak ingatkan ty tu thank you nak, owk = Ok. Serius, mak nak pitam!

Contoh iii.
"ckgu...ble maw kwen..sye ma0 jdy pengapyet ckgu lar...hahaha.."

: Ok. Tettttt! Ini soalan sensitip nak. Hahaha!

Oh! Serius. Pening kepala baca sms budak-budak ni. Nampak sangat jiwa kemakcik-makcikkan saya makin kental. Takpe-takpe. Bercerita tentang jiwa makcik-makcik ni, nanti esok saya akan stori-mori lagi.

Oklah, saya nak layan movie The Tree of Life... Ok. Bye!




_____________________________
Cabaran 30 Hari - Hari #30 akan saya buat pada 30hb nanti. Insya-Allah. Sementara menunggu 30hb, saya mungkin akan membuat entri-entri merepek sebagai selingan. :)