15. Lagu yang sesuai dengan perasaan engkau hari ini.
Disebabkan baru menonton filem 50/50, maka lagu-lagu OST 50/50 adalah lagu-lagu yang bersesuaian dengan perasaan saya hari ini (dan mungkin untuk beberapa minggu mendatang).
________________________________________________
#BeatTheOdds
Kebanyakan rakan-rakan saya sibuk dengan filem Ombak Rindu. Penuh News Feed FB saya dengan komen-komen dan status-status berbaur Ombak Rindu. Setakat ini, saya tidak lagi terkepingin mahu menonton filem tersebut. Tak tahu kenapa. Heh.
Saya lebih berahi untuk menonton filem 50/50. Dan serius, susah gila nak cari pawagam yang menayangkan filem ini hinggakan saya terpaksa travel jauh. Namun begitu, ianya sangat berbaloi. Bertepatan dengan reviews yang diberikan, memang best! Karakter, humor, storyline dan emosi dalam filem ini berjaya diadun dengan baik. Sangat rare untuk sebuah cerita yang klisenya seharusnya sedih-sedih, tapi telah digarap menjadi sebuah cerita yang berjaya mengadun humor dan emosi menjadi serasi. Emosi dan humor selalunya tidak sejalan, tapi tidak dalam 50/50.
Pelajaran hidup nombor #38: It is better to laugh and cry than to just cry. :)
* 50/50 Official Movie Website