23. Kenangan masa kecik yang paling tidak mahu diingat.
Soalan yang tak best jatuh pada nombor yang best. Oh sungguh tidak syok bila nombor kesukaan engkau rupanya ada soalan killer bagi semua soalan ala-ala Joyah ini.
Nak tahu jawapan?
Malam diberitahu ayah meninggal dunia sehinggalah saat terakhir saya melihat jasad ayah.
Sekian, terima kasih.
______________________________
#PerangaiSoros
Walaupun, tesis saya dahulu ialah berkenaan emas (nak show off jugak tu. *Kof kof*), namun begitu saya kurang gemar dengan trend orang ramai masa kini yang sibuk nak ajak semua orang melabur emas. Buat iklan mencucuk-cucuk bagai, kata hari ini harga emas tengah turun sangat-sangat, esok harga emas mungkin naik, lalu orang ramai pun berpusu-pusu nak beli melebihi emas dalam stok, lepas tu harga naaaaaiiiiiikkkkkk mencanak-canak. Tahulah awak ejen, dapat komisyen, nak buat duit di atas keterdesakkan orang tapi...
Jangan jadi manusia yang menspekulasikan harga emas boleh tak? Emas ialah penyimpan nilai masa hadapan, bukan sebagai alat spekulasi demi keuntungan sendiri. Lagipun, cara pelaburan engkau tu lepas aku kaji-kaji, ada riba ok! Ada riba! Islamik laaaa sangat kaannnn.
Sebab perangai Soros engkoranglah, nanti kesian dekat abang Bujal aku, mahu pitam abang Bujal bila nak beli cincin nikah kitorang sebab mahal sangat. Hoh. Marah ni!
Hihi.