Semalam bz. Jadi tak boleh layan soalan gedik ni. Soalan segedik ini haruslah dijawab ketika tak sibuk. Barulah boleh berangan sepetala langit! Hihi.
Lelaki ideal ialah lelaki yang mempunyai ciri-ciri sebegini. Namun begitu, ada beberapa kriteria tambahan untuk abang Bujal yang ideal di hati adinda Kuntum. Oh mijn liefde Bujal, ik hou van je! Hehe.
1. Yang ada minat untuk mengembara: menikmati alam ciptaan Allah dan melihat kehidupan, backpacking ke negara miskin (rujuk entri ini), pergi buat kerja-kerja kebajikan dan sanggup bawa adinda Kuntum mengembara sama.
2. Yang ada satu kemahiran seni (kalau lebih itu bonus!); sama ada pandai bermain alat muzik, mencipta lagu atau lirik, menyanyi, membuat puisi, melukis, mengarca, menulis buku, menulis prosa, menulis skrip dan lain-lain lagi cabang bidang seni. Supaya nanti beliau boleh dedikasikan sesuatu untuk dinda Kuntum dan ehem anak-anak kami. (Jauhnya berangan! Haha!)
3. Yang pandai masak. Lelaki yang pandai memasak adalah seksi ok. Lagi-lagi kalau yang pandai masak sehebat Jammie Oliver, ohhh terujanya sayaaa! Kalau yang hot macam Sung Chan dalam drama Gourmet apa kan lagi. Abang Bujal, belajar masak dari sekarang please!
Cukuplah 3. Kang berangan banyak-banyak, mahu nak termuntah korang baca pulak. Hahaha! Ehhh kejap, lagi satu, abang Bujal tak boleh takut dengan serangga mahupun lipas, tikus dan seangkatan dengannya. Kalau abang Bujal pun takut, siapakah yang bakal menyelamatkan adinda Kuntum daripada gangguan makhluk-makhluk itu nanti. Adalah suasana yang sungguh tak romantik apabila kita sama-sama berlari ketakutan kerana seekor lipas mahupun meloncat berebut kerusi kerana seekor tikus. *Kof kof*
_______________________________
#QuandOnN'aQueL'amour
Quand on n'a que l'amour,
Mon amour toi et moi
Pour qu'éclatent de joie,
Chaque heure et chaque jour.
When we have only love,
My love, you and me,
So that each hour and each day
Burst with joy.
- Jacques Brel