Sabtu, 10 Disember 2011

Cabaran 30 Hari - Hari #18

18. Tunjuk sikit harta karun dalam beg engkau tu.

Wow. Busybodynya soalan ni. Siapalah agaknya yang cipta soalan ni.

Oklah. Saya tak guna tas tangan (jadi tak dapatlah mak nak eksen tunjuk henbeg mak kat korang). Saya cuma gunakan beg sandang belakang sahaja untuk urusan sehari-hari. Dan beg sandang belakang saya itu bolehlah dikatakan sudah berstatus kantung doraemon. Macam-macam ada!

Antara harta karunnya ialah:


1. Kantung Akira.
2. Notebook Asus bernama Incet Komeng.
3. Buku The Roald Dahl Treasury. Buku ni berhantu! Bila baca, susah nak berhenti. :|
4. Beg telekung - isi kandungan: telekung/sejadah/alatan bersuci.
5. Surat chenta panggilan menghadiri seminar.
6. Kad matrik.
7. Ubat tahan sakit.
8. Alat tulis, kalkulator dan yang sama waktu dengannya.
9. Sticky notes yang disukai.
10. Ipod Nano dan earphone.
11. Kad Borders. Jom beli buku! Jom!
12. Buku nota yang mengandungi banyak cacing. Hoh!
13. Gula-gula Alya bagi / Nescafe 3 in 1 / Nesvita Chocolate yang amat berguna ketika kengantukkan mahupun kelaparan melanda.
14. Kerja yang sedang dibaca dan dalam proses untuk disiapkan.
15. Dalam beg cenonet ini ada pin tudung dan getah rambut.
16. Lampu suluh.