Isnin, 12 Disember 2011

Cabaran 30 Hari - Hari #20

20. Engkau tinggal dimana?

Setakat entri ini ditaip, rasanya masih tinggal di daratan planet bumi lagi. Rasanyalah. Tak tahulah kalau esok lusa dah berhijrah ke planet Marikh ke planet Venus ke kan. Hihi.

Engkorang ada terasa macam nak baling selipar tak dekat budak Akira ni? Haha.







____________________________________
#ExogenousDay

“All work and no play makes Jack a dull boy...” so says the popular proverb.

But in our case (me, Haya and Akira), the proverb goes "All work and no play makes Akira a dull person..."

Kami tahu, sejak dua menjak ni, Akira bekerja keras sampai macam nak rabak mata dia. We think she need a break. Oleh itu, kami telah menyuruh Akira memilih satu hari supaya Akira boleh berpoya-poya tanpa kami tagging bersama. Jadi Akira telah pergi berpoya-poya bersama kawan dia dan berikut ialah gambar-gambar yang dapat Akira tangkap untuk saya dan Haya tengok.

Akira kata, masa mula-mula panjat, hujan belum turun. Tapi bila mereka sudah sampai separuh jalan. Hujan turun melimpah-limpah, dan trek mulai licin.


Disebabkan kawan Akira kepancitan dan hujan turun dengan jayanya, Akira kata mereka lepak di check point ini hampir sejam. Kata Akira, mereka basah kuyup akibat hujan yang lebat.


Kata Akira, ketika gambar ini diambil, hujan sedang lebat. Tapi tak nampak pulak rintik hujannya.


Akira beritahu, ketika mereka melalui kanopi ini, hujan masih turun. Akira beritahu lagi, di hadapan mereka, ada 4 orang budak kecil yang comel dengan ibu mereka.


Ini ketika mereka sudah sampai di Canopy Viewpoint 2.


Turun sahaja, mereka terus melepak di kawasan perkelahan berhampiran air terjun ni. Akira kata, mereka makan nasi lemak kerang/kupang dekat sini.


Lepas itu, mereka pergi pula berkelah di tepi tasik sambil mengendap orang deting. Ahaks!


Mereka bertasikan dengan membawa bekal Prosperity Burger yang yummy. Akira kata, ini namanya mengeluarkan peluh tak seberapa, tapi membina kolestrol yang berganda-ganda.