22. Kenangan masa kecik yang paling disukai.
Hermmmmmmmmm...
Sebenarnya, kebanyakan kenangan masa kecik adalah samar-samar. Tapi ini adalah antara kenangan yang masih saya ingat.
1. Ayah selalu bawa kami jalan-jalan sama ada naik motor hondanya atau naik kereta toyotanya. Bila ayah ada masa terluang, setelah pulang kerja, ayah akan meluangkan masa membawa kami makan angin dari kampung ke kampung. Aku paling gemar naik motor, boleh jerit 'aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...' panjang-panjang lepas tu ketawa dengar suara sendiri. Hihi. Paling seronok, dapat duduk dalam bakul (yang dekat handle motor tu) sebab boleh tengok permandangan dengan jelas dan nyata (aku selalu berebut dengan abang aku nak duduk dekat bakul tu, tapi memandangkan aku adalah yang kecik jadi semestinyalah aku yang menang. Yes! Hihi!).
2. Emak dan ayah menghadiahkan kami basikal BMX berwarna merah. Aku dan abang aku, masing-masing adalah berkaki batu, dua-dua tak pandai bawa basikal. Memandangkan kami berdua adalah berkaki batu, aku dan abang hanya mampu bermain sorong-sorong basikal sahaja di halaman rumah. Walaupun sekadar main sorong-sorong, seronoknya bukan main. Terasa bangga jek dapat sorong basikal walaupun tak pandai kayuh basikal. Hehe.
3. Ketika aku kecik, emak dan ayah mengajar aku untuk banyak memberi kepada orang lain. Ayah, bila ada duit lebih, ayah akan membeli barang keperluan dapur seperti beras, biskut, gula dan sebagainya untuk diberi kepada beberapa orang-orang tua di kampung kami. Jika aku tidak lupa, seorang namanya Nyai* Masinah dan seorang lagi aku cuma panggil Nyai sahaja. Ayah kerap mengajak kami berkunjung ke rumah nyai-nyai ini. Seingat aku, ketika itu nyai sudah amat uzur sementara nyai Masinah masih sihat lagi. Dan emak pula, setiap kali pergi ke pasar lambak, emak akan menyuruh aku meletakkan wang ke dalam bekas orang-orang yang kurang bernasib baik yang meminta simpati di lorong-lorong pasar lambak itu. Aku ingat lagi bila aku tanya emak kenapa kena letak duit dekat dalam bekas tu, emak jawab, 'Sedekah itu amalan yang baik.'
4. Aku tidak ingat masa darjah berapa, tapi ketika aku bercuti di rumah kakak aku di Setapak. Kakak telah membawa aku pergi ke pesta buku atau apa (aku dah tak ingat) anjuran DBP. Aku adalah jakun bila melihat selautan buku yang banyaaaaaaaaaaaaaakkkkkkk sungguh. Aku yang sememangnya suka membaca, bertambah-tambah kekaki bukuannya bila berada di situ. Aku dibelikan 3 buah buku iaitu Ibu Yang Ku Sayang, Mimpi dan lagi satu dah tak ingat judul. Walaupun aku bernafsu untuk memiliki lebih dari itu, tapi disebabkan aku telah dididik untuk tidak banyak songeh iaitu apabila orang dah belikan tu, terima sahajalah. Jadi aku redha.
5. Berhampiran rumah aku, ada sebuah bangsal memproses getah skrap yang tidak digunakan lagi. Sebenarnya, bangsal memproses getah itu terletak di laman rumah Wak Sukainah (yang mana beliau adalah sepupu ayah). Aku dan kawan-kawan aku suka bermain di rumah wak Sukainah. 1. sebab ada bangsal dengan mesin-mesin yang bagi kami adalah canggih untuk dibuat main. 2. sebab ada dua buah perigi, satu perigi buta satu lagi perigi rabun. Kami selalu main baling-baling batu dekat perigi rabun tu ataupun tabur-tabur bunga. Hihi. 3. Sebab ada satu kolam yang besar dan cantik di tepi rumah wak Sukainah. Kami selalu duduk mencangkung di tepi kolam itu sambil berceloteh itu dan ini. Tangan macam biasa, memang gatal cari segala batu batan untuk di baling dalam kolam tu. Hihi.
Mak ai. Panjang sungguh aku bercerita. Nampak sangat memang obses dengan diri sendiri. Hahaha!
*Nyai - 2. panggilan kpd perempuan tua, mak cik.
______________________________
#OooLaLa
Saya sangat letih. Tapi tak boleh tidur. Nak buat macam mana? Lalu saya menaip panjang-panjang dengan harapan dapat mengantukkan diri, tapi ooo lu lu~ sungguh mata ni. Semalam, seharian membaca sampai kebulur. Walaupun mengalami kebuluran akibat terlupa makan, namun begitu saya amat berbangga dengan diri saya sendiri kerana kebuluran membuatkan otak saya kurang lampi dan lebih produktif.
Ooo la la~