Maksud engkau, Biskut & Kopi? Maksud Biskut & Kopi?
Biskut: sejenis kuih kering yg dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup. [Kamus Dewan Edisi Empat]
Kopi: 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya yg digoreng dan dijadikan serbuk utk dibuat minuman), kahwa, Coffea spp.; ~ bubuk Id = serbuk ~ kopi yg berupa serbuk (sudah dihaluskan); 2. = air ~ minuman drpd bancuhan kopi halus, gula dan air; ~ bujang hidangan air kopi sahaja (tidak disertai kuih-kuih); ~ espreso kopi pekat ala Itali yg disediakan dgn cara melalukan air mendidih atau wap pd biji kopi yg telah dikisar dan dihidangkan tanpa gula dan susu; ~ keras (pahit) air kopi yg pekat dan tidak bergula; ~ kosong = ~ O air kopi yg tidak bersusu; ~ O beng air kopi tidak bersusu yg dibubuhi ketul air batu; ~ segera kopi yg telah diproses dan tersedia utk dijadikan minuman dgn cepat; ~ susu air kopi bersusu; ~ tubruk Id bancuhan serbuk kopi dgn air panas sahaja; duit (wang) ~ upah (kerana pertolongan yg diberi); dapat ~ pahit (keras, tubruk) menerima teguran keras (drpd orang atasannya); mengopi bp minum kopi. [Kamus Dewan Edisi Empat]
Menjawab soalan tak? Hihi. Oklah oklah. Demi tidak mengecewakan para peminat, saya bagi 3 sebab yang membawa maksud kepada blog B&K secara umum.
1. Sebab saya suka makan biskut dan minum kopi. Setiap kali saya makan biskut berteman secangkir kopi, saya akan menjadi lebih banyak memikir. Mungkin sebab pengaruh caffeine kot.
2. Sebab biskut manis, kopi pahit; simple but contented.
3. Paling penting: Blog Biskut & Kopi ini adalah blog seorang yang boleh buat engkau pening kepala dan menyampah. Sekian terima kasih.
__________________________________
#Rancu
Cantiknya tarikh hari ni: 13-12-11. Oh Ruginya tak pilih tarikh ni untuk kahwin. Hihi.